Jalan Kuching-Samarahan Expressway ditutup sementara sehingga 14 Julai

Spread the love

KUCHING, 7 Julai : Beberapa laluan di sepanjang Jalan Kuching-Samarahan Expressway di sini ditutup dari jam 8 malam hingga 11.30 malam bermula 6 Julai sehingga 14 Julai ini.

Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan kerja-kerja penurapan semula permukaan jalan dilakukan pihak berkuasa tempatan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak memaklumkan, jalan raya yang terlibat adalah Jalan Datuk Mohammad Musa, Kota Samarahan Link, Jalan Stutong dan Jalan Canna.

“Pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati semasa memandu di kesemua laluan berkenaan semasa tempoh kerja-kerja pembaikan.

“Patuhi segala garis panduan trafik untuk keselamatan sehingga tamat kerja-kerja pembaikan,”jelas JKR menerusi kenyataan media.

Kenyataan itu turut memaklumkan, orang ramai yang ingin membuat aduan atau pertanyaan boleh menghubungi Pejabat JKR Wilayah Selatan di talian (082-203 096) pada waktu pejabat. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.