Elak guna emosi, perlu bijak untuk capai tuntutan MA63 – Bung Moktar

Spread the love

KOTA KINABALU, 7 Julai : Pemimpin Sabah harus mengelak daripada menggunakan emosi, sebaliknya bertindak bijak bagi memastikan semua tuntutan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat dilaksanakan, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu berkata sudah tiba masanya pemimpin Sabah bertindak bijak untuk mengatur strategi mencari jalan penyelesaian isu itu dan bukan hanya bercakap dengan penuh emosi, namun langsung tidak memberikan sebarang kesan kepada situasi MA63 sekarang.

“Hanya pemimpin bijak mampu mencari jalan bagi mencapai tuntutan MA63 tanpa perlu menunjukkan emosi berlebihan. Pemimpin bijak akan mencari jalan penyelesaian tetapi sebaliknya pemimpin lemah dan rapuh akan terus memainkan isu ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau seterusnya membidas sikap sesetengah pemimpin yang menjadikan MA63 sebagai mainan politik untuk kepentingan diri sendiri, dan ia tidak sepatutnya berlaku kerana MA63 adalah suatu isu mengenai kesejahteraan rakyat serta usaha membangunkan Sabah.

“Mereka ini (pemimpin terlibat) hanya bersifat mencari ‘political milage’ namun tidak memikirkan jalan terbaik menyelesaikan isu demi pembangunan dan kesejahteraan rakyat Sabah,” katanya. – TVS

Tags: MA63

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.