Carlos Santana rebah ketika konsert akibat dehidrasi dan suhu panas

Spread the love

KUCHING, 7 Julai : Pemain gitar terkenal, Carlos Santana rebah ketika sedang membuat persembahan pada konsert di luar Teater Muzik Pine, Michigan, Amerika Syarikat, malam kelmarin.

Menurut Reuters, pemenang anugerah Grammy itu dipercayai ‘tumbang’ akibat dehidrasi berikutan suhu panas mencecah 32 darjah celcius ketika konsert berlangsung.

Ahli meteorologi, Robert Shackelfori seperti dipetik CNN mengatakan suhu yang dicatatkan didapati 10 kali ganda lebih tinggi berbanding suhu normal di kawasan itu.

Menerusi hantaran di Facebook, Santana berkata, dia mengalami dehidrasi kerana ‘terlupa’ untuk makan dan minum.

Pengurusnya, Michael Vrionis memberitahu, artis legenda itu dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital McLaren Clarkston untuk pemeriksaan lanjut dan berada dalam keadaan stabil.

“Berikutan keadaan kesihatan terkini Santana, konsert di Buggettstown, Pennsylvania yang dijadualkan semalam telah ditangguhkan,” tambahnya.

Terkenal dengan lagu Black Magic Woman dan Oye Como Va, Santana, 74, yang dilahirkan di Mexico mula menempah kemasyhuran pada penghujung 1960-an bersama kumpulannya.

Mereka kini sedang mengadakan Konsert Jelajah Miraculous Supernatural 2022.

Di Instagram, Santana turut memuat naik semula posting isterinya, Cindy Black Man yang memberikan perkembangan terkini berhubung kesihatan suaminya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.