25 hilang tempat tinggal, Rumah Panjang Norliza terbakar

Spread the love

SIBU, 7 Julai : Kira-kira 25 penghuni daripada tujuh buah keluarga hilang tempat tinggal selepas Rumah Panjang Norliza di Sungai Menyan, dekat sini musnah dalam kebakaran awal petang tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sarawak, Penguasa Kanan I, Janggan Muling berkata, pihaknya menerima panggilan jam 1.20 petang dan dua pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibujaya dan BBP Kanowit dikerahkan ke lokasi kebakaran.

“Siasatan awal mendapati punca kebakaran dipercayai daripada sebuah bilik dalam rumah panjang itu, sebelum api merebak ke bahagian lain,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, lima buah bilik yang dihuni 19 orang terbakar 100 peratus manakala dua buah lagi yang dihuni enam orang terjejas 10 peratus.

Menurutnya, bomba masih berada di lokasi menjalankan operasi pemadaman.

Tambahnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran akan dijalankan oleh Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 4 Sarawak. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.