Sunway tubuh dua pusat rawatan kesuburan di Sarawak

Spread the love

KUCHING, 6 Julai: Statistik kelahiran baharu di Sarawak pada tahun lepas menunjukkan penurunan ketara dengan jumlah kelahiran bayi ialah 24,081 bayi  berbanding dengan kadar kelahiran tahun-tahun sebelum nya.

Untuk rekod, kadar kelahiran yang direkodkan pada tahun 2019 ialah sebanyak 33,304 kelahiran berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Bagi mengatasi isu kadar kelahiran yang menurun ini, Kumpulan Perubatan Sunway (SHG) telah menubuhkan dua pusat rawatan terbaharunya di Kuching iaitu Pusat Perubatan Traditional dan Komplementari (TCM) Sunway serta Pusat Kesuburan Sunway.

Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian yang hadir merasmikan majlis pelancaran dua buah pusat rawatan baharu itu di Kuching,  berkata beliau berharap lebih banyak lagi pusat rawatan tradisional cina ditubuhkan dihospital-hospital di Malaysia.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, turut memuji inisiatif Kumpulan Perubatan Suway yang telah melebarkan sayapnya ke Sarawak.

Sementara itu, Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dato’ Seri Dr Jeffery Cheah dalam ucapan nya berkata, pihaknya komited dalam memenuhi keperluan pasangan untuk mendapatkan zuriat sekaligus menjadikan Sarawak dan Malaysia amnya sebagai destinasi pilihan untuk industri pelancongan perubatan.

“Sunway amat komited terhadap agenda pembangunan lestari di negeri ini selaras dengan komitemen terhadap SDGs iaitu “kesihatan dan kesejahteraan yang baik.”

“Malaysia turut mempunyai reputasi sebagai destinasi pilihan untuk pelancongan perubatan dalam wilayah dan pembangunan kami turut disokong oleh Kerajaan Sarawak sebagai rakan kongsi strategik dalam misi ini.” katanya

Disamping itu, penggunaan kaedah perubatan herba dan terapi traditional digunakan bagi melengkapkan dan mengoptimumkan proses pemulihan bagi mewujudkan keseimbangan dalam tubuh sekaligus memulihara kesihatan dan kesejahteraan.

Sementara itu, Perunding Obstetrik Ginekologi Dr Edawati Dahrawi Edrus berkata, sejak pusat itu ditubuhkan awal tahun ini di Hab Perniagaan Canaan Square, Kuching, pihaknya turut menerima pesakit yang datang dari luar Kuching seperti Sibu, Bintulu dan Miri. – TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.