Penganggur direman tujuh hari lepas tikam ibu kandung

Spread the love

MELAKA, 6 Julai : Seorang penganggur direman tujuh hari bermula hari ini sehingga Selasa depan selepas didakwa menikam ibu kandungnya dalam satu kejadian di Kampung Paya Luboh, Tanjung Kling semalam.

Tempoh reman sehingga 12 Julai terhadap suspek berusia 38 tahun itu dikeluarkan Majistret Mazana Sinin.

Perintah reman terhadap lelaki itu dikeluarkan bagi membolehkan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Semalam, akhbar melaporkan gara-gara mendengar ‘bisikan’, seorang penganggur tergamak menikam ibu kandungnya sendiri.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah dipetik sebagai berkata mangsa yang merupakan pesara guru, Rozizah Md Dom, 63, maut di tempat kejadian selepas ditikam di bahagian kiri dan kanan lehernya oleh suspek menggunakan pisau pemotong sayur dalam kejadian kira-kira 3.05 petang itu. –TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.