Pendaftaran Perodua melonjak 30 peratus, tempahan harian tertinggi dicatat

Spread the love

KUCHING, 6 Julai: Jualan unit kenderaan Perodua melonjak sebanyak 30 peratus dengan 127, 343 unit kenderaan terjual untuk enam bulan pertama 2022 berbanding tempoh yang sama tahun lepas, ekoran permintaan kukuh pelanggan.

Mengikut kenyataan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad, kenaikan jualan adalah susulan tarikh akhir pengecualian cukai jualan yang tamat pada 30 Jun lalu.

“Pada hari akhir pengecualian cukai jualan, Perodua menyaksikan tempahan harian tertinggi pada 30 Jun 2022 dengan 25,100 tempahan kenderaan telah diambil.

Tempahan kenderaan secara tergesa-gesa dilihat ketara apabila kerajaan melanjutkan tempoh pendaftaran kepada 31 Mac 2023”, katanya.

Meskipun Perodua Myvi menjadi model terlaris berbanding yang lain dengan jualan sebanyak 38,039 unit, Perodua Bezza merupakan model yang paling popular dan menarik perhatian pengguna kini.

Merujuk kepada pencapaian tempoh yang sama tahun lepas, Zainal berkata,  jumlah pendaftaran kenderaan yang rendah pada Jun tahun lepas adalah disebabkan pandemik wabak Covid-19 yang memberi kesan yang ketara kepada semua industri seluruh dunia.

Sebagai perbandingan, untuk bulan Jun 2021, Perodua hanya mencatatkan 1,009 unit, manakala pada Jun 2022 sebanyak 21,164 unit telah terjual.

Beliau menjelaskan bahawa masalah yang melibatkan kekurangan alat ganti dan tenaga kerja mahir masih berlaku namun meminta pertimbangan pelanggan dalam memahami situasi ini.

“Kami berharap isu tenaga kerja ini dapat diselesaikan dengan segera kerana impaknya kepada industri dan kepada negara secara amnya

Kami juga akan terus berkomunikasi dengan para pembekal dan rakan kongsi untuk mencari komponnen alternatif bagi isu kekurangan alat ganti,” katanya.

Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, Perodua kata nya akan mengekalkan sasaran jualan mereka pada tahun ini yang telah ditetapkan sebanyak 247,800 unit -TVS

Tags: #bm, Perodua

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.