34 buah motosikal hangus dipercayai akibat perbuatan khianat

Spread the love

KUALA LUMPUR, 6 Julai : Sebanyak 34 buah motosikal yang diletakkan di bawah Blok G, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Bukit Jalil hangus dalam kebakaran pukul 2.21 pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner (ACP) Muhammad Idzam Jaafar berkata, berdasarkan siasatan awal, pihaknya mendapati terdapat unsur khianat dalam kejadian itu.

Katanya, ketika ini polis bersama Pasukan Forensik Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Rampai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca kebakaran itu.

“Hasil siasatan mendapati kesemua motosikal pelbagai jenis yang terlibat dalam itu diletakkan terlalu rapat.

“Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.