Raja Permaisuri Agong kunjungi Galeri Brooke, lihat peninggalan sejarah pemerintahan keluarga brooke

Spread the love

KUCHING, 5 Julai: Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah  meneruskan lawatan hari kedua di Sarawak dengan mengadakan lawatan ke Galeri Brooke petang tadi.

Ia merupakan program kedua yang dihadiri Raja Permaisuri Agong  hari ini yang mana di sebelah paginya baginda menghadiri  Persidangan Ke-13 Persatuan Wanita Desa Sedunia (ACWW) Kawasan Asia tengah dan Timur Jauh di sebuah hotel terkemuka di Kuching.

Dalam lawatan tersebut, Raja Permaisuri Agong diiringi Menteri Pelancongan, Industri Kreatif Dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama isteri beliau.

Baginda Permaisuri berkenan meluangkan masa melihat arttifak, arkib dan bahan sejarah sewaktu era pemerintahan legasi Brooke di Sarawak yang dipamerkan di galeri tersebut.

Untuk makluman, Raja Permaisuri Agong mengadakan lawatan rasmi ke Bumi Kenyalang selama 4 hari bermula isnin dan akan berakhir pada khamis.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.