Penyanyi legenda, Bob Tutupoly meninggal dunia

Spread the love

KUCHING, 5 Julai: Penyanyi legenda Indonesia, Bob Tutupoly meninggal dunia pada usia 82 di Rumah Sakit Mayapada, jam 12:03 tengah malam tadi.

Setakat ini, punca kematian masih belum dipastikan namun beliau sebelum ini dimasukkan ke hospital akibat serangan strok beberapa minggu yang lalu.

Memetik laporan CNN Indonesia, berita pemergian penyanyi tersebut disahkan oleh anaknya, Erick.

“Damailah suami, papa, opa, oom kami tercinta” ujar isterinya, Rosmayuti Nasution melalui ciapan twitter nya.

Bob Tutupoly, atau nama asalnya Bobby Williem Tutupoly yang dilahirkan pada 13 November 1939 itu, mula mencipta nama apabila lagu nyanyiannya Widuri, ciptaan Slamet Adriyadi melonjakkan namanya sehingga lagu itu masih lagi dikenali ramai sehingga ke hari ini.

Mula menceburkan diri sejak tahun 1965, penyanyi legenda ini turut popular dengan lagu-lagu hits seperti Tiada Maaf Bagimu dan Tinggi Gunung Seribu Janji.

Arwah turut terlibat dalam dunia lakonan menerusi Gli Innamorati Della Becak (Kisah Cinta si Tukang Becak) (1958), Penasaran (1977), dan Sebelah Mata (2008). -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.