Kontraktor punca projek Jalan Lama Padawan ‘sakit’

Spread the love

SERIAN, 5 Julai: Kegagalan kontraktor dilantik menyiapkan tugas menyebabkan projek naik taraf Jalan Lama Padawan tergendala.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata projek tersebut hanya sempat disiapkan sehingga 20 peratus sahaja setakat ini.

Sagah menjelaskan bahawa kontraktor terdahulu telah menghentikan kerja projek yang bernilai RM70 juta itu sejak Februari lalu.

“Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menamatkan kontrak dengan kontraktor terdahulu”

Mereka ketika ini sedang menunggu kontraktor ‘penyelamat’ untuk menyambung semula kerja-kerja yang terbengkalai”, katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Komuniti Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Green Box Bright Up Kiosk di sini hari ini.

Tambah Sagah, sikap kontraktor yang tidak profesional telah menjejaskan nama baiknya sebagai wakil rakyat kawasan Tarat.

“Kami tidak dapat mengenal pasti punca utama kontraktor lama enggan meneruskan komitmen, namun tindakan mereka sedikit sebanyak menjejaskan reputasi saya sebagai ADUN di situ” katanya.

Perkara berkenaan telah dimaklumkan kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan untuk tindakan lanjut.

Projek Jalan Lama Padawan berjarak 15km dari persimpangan Tapah hingga ke Teng Bukap. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.