Kecekapan Sarawak diakui dunia, bukan jaguh kampung – Awang Tengah

Spread the love

LAWAS, 5 Julai : Ketelusan dan kecekapan pengurusan tanah Sarawak telah mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Sehubungan itu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan akan berangkat ke San Diego Amerika Syarikat bagi menerima anugerah Geoinnovation Awards pada 11 Julai depan.

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah yang merasmikan Majlis Penutupan Gawai Peringkat Daerah Lawas malam Isnin lalu memberitahu ini adalah satu kebanggaan buat Sarawak dan membuktikan Sarawak bukan jaguh kampung.

“Sarawak ini bukan jaguh kampung, Sarawak ini sudah di iktiraf dunia,” ujarnya.

Awang Tengah memberitahu bahawa melalui keyakinan diri, kesungguhan dan kerjasama yang kukuh Sarawak mampu menerokai pelbagai sumber alamnya untuk menambah pendapatan ekonomi Sarawak.

Oleh itu beliau mahu momentum kejayaan ini diteruskan dalam berbagai bidang yang diterokai Sarawak.

Namun demikian segala usaha ini tidak akan berjaya jika rakyat tidak bersatupadu dan bekerjasama dengan kerajaan GPS.

Awang Tengah dan Abang Johari juga akan menghadiri beberapa siri persidangan antarabangsa di Eropah yang membabitkan teknologi tenaga hijau dan meninjau peluang-peluang pelaburan yang ditawarkan kepada pelabur-pelabur antarabangsa.- TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.