Alan Walker, DJ Soda bakal beraksi di Festival Muzik Borneo Live 2022

Spread the love

KUCHING, 5 Julai : Alan Walker dan DJ Soda akan mempamerkan keunikan aksi mereka dalam penampilan sulung mereka di Festival Muzik Borneo Live 2022.

Festival tersebut akan diadakan di Kampung Budaya Kuching, Sarawak pada 9 hingga 10 September 2022.

Festival tersebut juga bakal menghimpunkan enam artis bertaraf antarabangsa dari enam negara iaitu United Kingdom, Korea Selatan, Indonesia, Filipina, Malaysia dan Singapura.

Selain dari Alan Walker, terdapat beberapa artis yang turut akan memeriahkan festival tersebut seperti DJ Venom C, DJ X Factor, Moski Love, DJ Alexis Grace, Nicole Chen, DJ Chaca, Priscilla Abby, Rynn Lim, Thomasjack, DJ Ice-Cream, Tuku’ Kame’, At Adau, DJ Myvax dan DJ Paul.

Harga tiket untuk festival tersebut bermula dari RM400 sehingga RM600 yang akan mula dijual bermula 6 Julai pada pukul 12 tengah hari.

Pembelian tiket awal yang dibuat pada 6 dan 7 Julai akan mendapat potongan sebanyak 10 peratus di laman www.excitix.com.my.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.