Solusi lampu isyarat pintar, bantu kurang kesesakan sehingga 30 peratus

Spread the love

MIRI, 4 Julai : Kementerian Pengangkutan berhasrat untuk memasang lampu isyarat pintar di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti mengalami masalah kesesakan lalulintas yang kritikal.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata pemasangan lampu isyarat ini dapat mengurangkan kesesakan lalulintas sebanyak 30 peratus.

“Lampu isyarat pintar ini mampu melaraskan masa untuk kereta berjalan. Kadang-kadang, lampu isyarat tersebut akan memberikan masa yang lebih panjang untuk kereta berjalan jika kesesakan trafik dilihat berkurangan” katanya ketika ditemui pemberita di persimpangan Taman Tunku hari ini.

“Berbanding dengan lampu isyarat konvensional, iannya tidak dapat diseleraskan mengikut masa,” katanya lagi.

Pada masa yang sama, kementeriannya juga turut menerima aduan berkenaan dengan kesesakan lalulintas di sepanjang projek pembinaan Pan-Borneo di Miri.

Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sedaya upaya sedang cuba untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin agar lalulintas trafik dapat berjalan dengan lancar.

Pihak JKR mengambil inisiatif untuk menambahkan lagi 3 laluan di persimpangan Taman Tunku.

“Pihak JKR perlu menjalankan kerja melebarkan jalan di kawasan ini jadi pembinaan 3 laluan masuk dapat dilakukan di persimpangan Taman Tunku”.

“Mereka telah membina 3 laluan di kawasan Taman Tunku sehingga ke persimpangan lapangan terbang. Laluan ke Taman Tunku mempunyai 3 laluan di mana kesesakan lalulintas kerap berlaku dan kerja pembinaan oleh pihak JKR juga sedang dalam proses” kata nya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.