Indonesia wajibkan dos penggalak sebagai syarat melakukan perjalanan dan aktiviti di tempat awam

Spread the love

JAKARTA, 4 Julai : Indonesia hari ini telah mengumumkan bahawa mereka yang akan melakukan aktiviti di tempat awam dan melakukan sebarang perjalanan domestik diwajibkan untuk mendapatkan suntikan vaksinasi ketiga atau dos penggalak.

Kes COVID-19 di Indonesia yang kembali meningkat telah menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat Indonesia.

Keputusan itu diambil selepas Presiden Jokowi mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pengendalian COVID-19 di Istana Negara, Jakarta bersama menteri kesihatan, Budi Gunadi Sadikin dan JawatanKuasa Pengendalian COVID-19 Airlangga Hartanto.

“Telah diputuskan bahawa untuk perjalanan dalam negara dan sebaran aktiviti di tempat awam wajib dengan dos penggalak” kata Airlangga pada sidang media.

Selain itu, Airlangga juga berkata Presiden Jokowi mengingatkan keperluan untuk mengoptimumkan pemantauan aktiviti masyarakat dalam melaksanakan protokol kesihatan.

Peningkatan jumlah kes COVID-19 di Indonesia baru-baru ini mencecah 1500 hingga 2000 kes sehari berturut-turut.

Daripada jumlah keseluruhan kes, lebih 80 peratus kes yang dikesan merupakan varian Omicron BA.4 dan BA.5, malah untuk kawasan Jakarta, kesemua kes yang dikesan adalah dari varian ini.

Pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan Indonesia bagi membendung peningkatan kes dan untuk mengelakkan berulang nya gelombang COVID-19 di Indonesia. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.