Gadis Dayak dijemput sertai pertandingan Kumang BDCF

Spread the love

SIBU, 4 Julai : Gadis Dayak berusia antara 18 hingga 30 tahun yang masih bujang, mempunyai keyakinan diri serta susuk badan yang menawan dipelawa untuk menyertai pertandingan kumang Pesta Kebudayaan Dayak Borneo (BDCF) 2022 sempena Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) yang bakal berlangsung pada 18 Julai ini.

Anjuran Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Sibu, pertandingan Kumang BDCF merupakan satu daripada sorotan utama dalam Pesta BCF selepas dua tahun tidak diadakan berikutan pandemik Covid-19.

Pengerusi SIDS Sibu , Angelyn Uchi Maseng berkata, gadis berketurunan dayak di negeri ini yang masih bujang berumur antara 18 hingga 30 tahun layak untuk menyertai pertandingan ‘Kumang BDCF’ yang bakal diadakan di Dataran Bandar Sibu Fasa 1 pada malam 18 Julai ini.

“Gadis yang berminat untuk menyertai pertandingan ini hendaklah mempunyai ketinggian tidak kurang dari 5 kaki 2 inci.”

Undang-undang Pekit.

“Mereka dikehendaki memperagakan pakaian tradition iaitu ‘Ngepan Indu Iban’, ” katanya menerusi satu kenyataan hati ini.

Ujar beliau, sekiranya penyertaan melebihi 10 orang maka pusingan kelayakan akan diadakan bagi tujuan penapisan untuk menentukan siapa yang layak ke pusingan seterusnya.

Dedahnya, jawatankuasa pertandingan telah menyediakan hadiah menarik untuk pemenang tiga tempat teratas.

“Pemenang gelaran ‘Kumang’ akan membawa pulang wang tunai RM2,000 beserta mahkota, selempang, piala, hamper dan bunga manakala gelaran ‘Lulong’ (naib johan) akan menerima RM1,500 beserta selempang, piala dan hamper dan tempat ketiga iaitu gelaran ‘Selinggar Matahari’ akan membawa pulang RM1,000 beserta selempang, piala dan hamper.

Selain itu katanya, peserta yang memperolehi tempat keempat dan kelima akan menerima hadiah wang tunai RM500 seorang beserta selempang.

Katanya lagi, lima peserta yang lain juga akan menerima hadiah saguhati bernilai RM200.

Tambahnya, pemarkahan peserta akan dinilai mengikut tiga faktor utama iaitu kecantikan 50 peratus, pakaian 30 peratus dan susuk badan serta keyakinan diri 20 peratus.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada jam 5.00 petang, 11 julai, 2022.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Senorita Salleh di talian 013-8061265 atau Claudia Dieo (014-6526083) – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.