PRU15: UMNO akan kenal pasti calon heavyweight untuk bertanding di Selangor

Spread the love

SABAK BERNAM , 3 Julai : UMNO akan mengenal pasti calon-calon “heavyweight” Barisan Nasional (BN) termasuk yang berada dalam kabinet untuk bertanding di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu adalah antara kriteria yang akan diambil kira sebagai salah satu strategi PRU15 di Selangor. 

“Kita yakin itu satu kriteria yang benar (betul), pastinya saya bersetuju, kita akan kenal pasti calon-calon itu,” katanya selepas hadir pada majlis Santai Mesra NGO Anak Muda Geng 18 bersama Presiden UMNO di sini hari ini. 

Terdahulu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata beliau mengalu-alukan calon “heavyweight” atau yang berada dalam kabinet untuk bertanding di kerusi Parlimen Selangor.

Noh berkata ia termasuk Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz misalnya disifatkan sebagai salah seorang tokoh muda yang berpotensi untuk diketengahkan dan dijadikan ikon di negeri itu.

Sebelum ini terdapat khabar angin turut bertiup mendakwa Tengku Zafrul akan bertanding di Parlimen Kuala Selangor selepas beliau dikatakan kerap “turun padang” di kawasan itu. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.