Pertandingan Ratu Dayung Gawea Tematu mengakhiri Karnival Gawai Tematu dan Bitanding 2022

Spread the love

KUCHING, 3 Julai: Pertandingan Ratu Dayung Gawea Tematu mengakhiri majlis penutup Karnival Gawai Tematu dan Bitanding 2022.

Karnival Gawai Tematu merupakan acara tahunan bagi penduduk Kampung Tematu bagi menandakan berakhirnya sambutan Hari Gawai.

Acara kemuncak bagi karnival ini adalah Dayung Gawea Tematu 2022 yang menyaksikan seramai sembilan peserta finalis berentap untuk merebut gelaran Dayung Gawea Tematu 2022.

Dato Sr Prof Dr. Sim Kui Hian ketika berucap merasmikan majlis penutup tersebut, berharap agar rakyat Sarawak terus memberikan sokongan kepada kerajaan GPS pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ini kerana menurut beliau, agenda kerajaan dalam meneruskan keharmonian pelbagai kaum dan memperkasakan rakyat terutama dalam bidang digital akan mampu dilaksanakan sekiranya rakyat Sarawak terus memberikan sokongan kepada kerajaan sedia ada.

Tambah Sim lagi, semangat hormati menghormati dan toleransi pelbagai kaum di negeri Sarawak sering dipuji namun ada juga yang mencemburui keunikan ini sehingga ada yang cuba merosakkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Sarawak yang telah wujud sekian lama.

Selain Dayung Gawea Tematu, turut didakan pertandingan Onak Dayung Gawea Tematu 2022 yang melibatkan 11 peserta cilik pada Malam Bakat, 1 Julai yang lalu.

Karnival dan pertandingan tersebut berlangsung di Dewan Serbaguna Kelab Rekreasi Pengguna dan Pengurusan Dewan Serbaguna Kampung Tematu. 

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kintang, Lo Khere Chiang, Pengerusi Pengelola Karnival Gawai Tematu 2022, John Pata, Ketua Kampung Tematu, Geofry Tahang, dan ketua-ketua Kaum dan masyarakat setempat. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.