Persatuan Seni Ukir Tradisional Miri adakan pesta tatu

Spread the love

KUCHING, 3 Julai : Persatuan Seni Ukir Tradisional Miri akan mengadakan Pesta Tatu di Miri yang menggunakan tema Kekayaan Seni Tatu Tradisional dan Budaya yang ada di Borneo.

Pengerusi Persatuan Seni Ukir Tradisional Miri, Sylvester Juli memaklumkan dalam kenyataan beliau bahawa pesta kali ini akan disertai oleh 103 peserta seni mencacah tatu dari seluruh Malaysia.

“Pesta kali ini akan diadakan di Coco Cabana Miri yang mana sesuai dengan tema tradisional yang tidak menggunakan penghawa dingin dan suasana ruang legar Rumah Ulu Mulu masih mengekalkan penggunaan ukiran kayu-kayan,”

Selain tatu, pelbagai aktiviti lain seperti persembahan Kuntau (seni mempertahankan diri kaum Dayak), persembahan musik tradisional menggunakan Sape, Bebiau, Gendang Pampat, Kedai Kraftangan dan perarakan menggunakan baju tradisional Dayak turut akan diadakan.

“Buat pertama kali nya kami akan mempertandingkan kategori kecantikan tatu tradisional Borneo yang mana pertandingan tersebut belum pernah dipertandingan di seluruh tempat di dunia,” katanya.

Tujuan utama pesta itu diadakan adalah bagi menyemai dan mewujudkan rasa kecintaaan terhadap seni tradisi kaum masing-masing dalam kalangan anak muda selain memupuk dan memperkenalkan adat resam masyarakat yang ada di Borneo.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.