Permohonan MA63 Sabah tidak memberi impak kepada Sarawak

Spread the love

KUCHING, 3 Julai : Permohonan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) oleh Sabah tidak memberi sebarang impak kepada Negeri Sarawak.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, kerajaan Negeri Sarawak telah memperjuangkan perjanjian tersebut sejak dahulu lagi.

“Sarawak memang kita telah perjuangkan hak kita, Sarawak, sejak dahulu lagi. Daripada zaman Tok Nan sehingga zaman Datuk Patinggi dan sekarang memang berterusan. Jadi apa yang telah dibuat oleh Negeri Sabah, saya rasa apa yang akan di buat oleh mereka tidak memberi sebarang impak dan mengganggu apa yang telah kita laksanakan. Kita memang akan fokus untuk terus memperjuangkan hak Sarawak mengikut direction arahan daripada Yang Amat Berhormat Premier kita.” katanya.

Bagaimanapun dedah Hasidah, banyak lagi proses permohonan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sabah dan Sarawak yang masih dalam peringkat perbincangan.

“Banyak lagi perkara yang kita dah dapat, ada yang dalam proses perbincangan. Ada yang positif tetapi seperti yang saya kata semuanya masih lagi dalam proses perbincangan. Jadi kita tak dapat nak tergesa-gesa  malah kita akan fokus untuk terus perjuangkan sampai kita dapat” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Bulan Kebersihan Bandaraya Kuching 2022, pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau berkata, program kesedaran tentang kebersihan perlu diadakan setiap tahun untuk mewujudkan sebuah bandar yang bersih. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.