Kerajaan GPS terus dokong pentadbiran yang berintegriti, inovatif dan kreatif

Spread the love

LAWAS, 3 Julai : Kerajaan GPS akan terus mendokong pentadbiran yang berintegriti, inovatif dan kreatif dalam berkhidmat kepada Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata amalan berintegriti kerajaan Sarawak telah dipelopori sejak zaman allahyarham Tok Nan yang diteruskan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Komitmen ini dibuktikan melalui lafaz ikrar integriti semua kepimpinan kabinet kerajaan GPS sebelum bermulanya sidang mesyuarat kabinet negeri Sarawak.

Awang Tengah berkata demikian dalam ucapan beliua ketika merasmikan Program Pembangunan Integriti Bersama Komuniti yang turut melibatkan Ketua-ketua Masyarakat, Ketua-ketua kaum dan berbagai kepimpinan akar umbi di daerah Lawas.

Beliau menambah bahawa Sarawak merupakan negeri pertama yang telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan unit integriti yang turut dianggotai oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dibawah Jabatan Premier Sarawak.

Awang Tengah menyeru semua penjawat awam di Sarawak agar tidak mementingkan diri dan meletakkan integriti sebagai keutamaan dalam memberi kan perkhidmatan kepada rakyat.

Sebarang salahlaku penjawat awam mahupun Ketua-ketua Masyarakat dan Ketua Kampung hanya akan memberikan imej buruk kepada kerajaan GPS kata nya.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Timbalan Menteri Pengangkutan yang juga ahli parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong dan Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak( Integriti dan Ombudsman) Dato’ Murshid DiRaja Dr Juanda Jaya.- TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.