Hubungan BN-GRS, usah curah minyak dalam api – Hajiji

Spread the love

KOTA KINABALU, 3 Julai : Usah mencurah minyak dalam api dan mengeruhkan keadaan, ujar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu berkata demikian ketika diminta mengulas hubungan antara parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan nya dan Barisan Nasional (BN) Sabah.

“Hubungan kita (GRS) dengan Barisan Nasional bagus tiada masalah, kalau ada pun sedikit perbezaan itu biasa dalam arena politik.

“Kalau boleh jangan lagi siram minyak ke dalam api yang panas nanti marak.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Acara Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa FCAS 2022 ke-7, di sini hari ini.

Hajiji juga turut berkata beliau tidak mahu keadaan bertambah keruh hanya disebabkan perkara kecil yang boleh mengundang masalah di antara kedua belah pihak.

“Kita mesti bersatu teguh dalam hal ini, kerana ini merupakan negeri kita dan semua mesti dilakukan untuk Sabah.

“Oleh itu, kita mesti bersatu hati dengan apa juga kita lakukan untuk negeri ini, kita kena bersatu hati…jangan gaduh-gaduh,” ujarnya.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.