Dikurung oleh pastor, 77 orang dibebaskan dari gereja Nigeria

Spread the love

Kuching, 3 Julai : Seramai 77 orang telah diselamatkan dari sebuah gereja di barat daya Nigeria setelah dipercayai ditahan dan dikurung oleh seorang pastor.

Memetik laporan media dari Agensi Anadolu, pastor tersebut dipercayai mengurung mangsanya di tingkat bawah sebuah gereja di daerah Valentino di wilayah Ondo.

Laporan dari BBC pula menyebut, pihak polis telah membuat serbuan selepas seorang ibu mengadu anak-anaknya hilang dan dia mengesyaki  mereka berada di dalam gereja berkenaan.

Sebahagian daripada mereka dipercayai telah ditahan di dalam gereja itu selama berberapa bulan.

Pegawai akhbar polis, Funmilayo Odunlami, berkata, pastor gereja, David Anifowoshe, serta  timbalannya telah ditahan untuk siasatan.

Polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kes penculikan besar-besaran ekoran serbuan ke atas Gereja Whole Bible Believers itu.

Hasil daripada serbuan tersebut, pihak polis telah berjaya menyelamatkan 26 orang kanak-kanak, lapan remaja dan 43 dewasa. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.