Anggota bomba sesak nafas ketika operasi padam kebakaran

Spread the love

TAWAU, 3 Julai : Seorang anggota bomba dilapor mengalami sesak nafas ketika terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran sebuah rumah di Jalan Apas Batu 2, di sini.

Pegawai Bomba Kanan ll, Zougrana Konin yang juga Penyelia Pasukan berkata  berusia 44 tahun telah diberikan rawatan kecemasan di lokasi kejadian sebelum dihantar ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen Jr berkata, anggota tersebut bagaimanapun berada dalam keadaan stabil dan telah dibenar keluar dari hospital.

Terdahulu katanya, pihaknya menerima maklumat mengenai kebakaran sebuah rumah pada kira-kira jam 1.08 petang.

“Seramai 13 anggota diketuai mangsa bersama tiga jentera dan sebuah EMRS telah dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya.

Jelasnya, kebakaran itu melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal dua tingkat.

“Tidak ada kemalangan jiwa lain dilapor selain seorang anggota yang telah mengalami sesak nafas,”katanya lagi.

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Operasi berakhir sepenuhnya pada jam 2.45 petang. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.