Kerajaan setuju naik taraf pos sempadan Ba’kelalan jadi laluan perdagangan antarabangsa

Spread the love

LAWAS, 2 Julai : Kerajaan Sarawak telah mengenal pasti beberapa pintu sempadan yang akan dinaik taraf sebagai hab perdagangan sempadan dengan Indonesia.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Sarawak perlu memanfaat perkembangan semasa negara jiran Indonesia apabila pemindahan ibu negara itu ke Kalimantan boleh menjadi peluang untuk usahawan kecil dan sederhana Sarawak dikembangkan ke luar negara.

Katanya, Kerajaan Sarawak melihat keadaan sempadan Ba’kelalan dengan Long Bawan, Kalimantan sebagai antara pos sempadan yang akan dinaik taraf menjadi laluan perdagangan antarabangsa.

“Saya sudah pergi ke tempat itu untuk meninjau keadaan, kita mahu menaik taraf pos sempadan di situ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Minggu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Mikro Sarawak di Taman Awam Lawas hari ini.

Awang Tengah turut memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju untuk memberi keutamaan kepada usaha menaik taraf pos sempadan di Ba’kelalan.

“Persetujuan ini diberikan ketika saya bersama bersama Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia yang juga Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong mengadakan kunjungan hormat kepada beliau bulan lalu,”katanya.

Selain itu beliau memberitahu, daerah Lawas turut bersempadan dengan Brunei pula akan menjadi laluan perdagangan ke Timur Tengah untuk produk halal menggunakan hab halal negara itu. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.