Jangkitan cacar monyet meningkat 3 kali ganda di Eropah – WHO

Spread the love

MOSCOW, 2 Julai : Bilangan kes cacar monyet di Eropah meningkat tiga kali ganda dalam tempoh dua minggu lalu, melepasi 4,500 kes dan kebanyakannya dikesan dalam kalangan mereka berumur 21 hingga 40 tahun, lapor Sputnik.

“Wilayah Eropah mewakili hampir 90 peratus daripada semua kes yang disahkan di makmal dan di peringkat global sejak pertengahan Mei, terdapat enam negara dan kawasan baharu – menjadikan jumlah keseluruhan kepada 31 – telah melaporkan kes cacar monyet,” kata Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah Hans Kluge dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata majoriti jangkitan dikesan melibatkan mereka berumur  21 hingga 40 tahun, dengan 99 peratus daripadanya lelaki, kebanyakannya pernah melakukan hubungan homoseksual.

Setakat ini, WHO belum menerima sebarang data mengenai kematian akibat jangkitan itu. –TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.