BN cadang usul Perjanjian Malaysia 1963 yang baharu

Spread the love

KOTA KINABALU, 2 Julai : Barisan Nasional perlu mengusulkan Perjanjian Malaysia yang baharu sebagai jalan ke hadapan bagi mengurus kepentingan Semenanjung Malaysia serta Wilayah Sabah dan Sarawak.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, cadangan berkenaan merupakan aspirasi yang akan mengembalikan semula gabungan parti itu sebagai pembela rakyat di negara ini.

“ A New Malaysia Agreement mungkin diperlukan dengan semangat dan konteks baharu untuk mengembalikan hak dan kepentingan Sabah.

“Pada waktu sama, ia (Perjanjian Malaysia 1963 baharu) akan menguatkan Persekutuan Malaysia,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen BN Sabah di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Tan Sri Joseph Kurup.

Mohamad berkata, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang sedia ada mempunyai aspirasi dalam konteks berbeza dan perlu seiring dengan peredaran zaman.

“Zaman telah berubah. Malaysia juga telah banyak berbeza. Masa depan pula penuh dengan rahsia dan potensi yang luar biasa,” katanya.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.