BN ‘berahsia’ jumlah kerusi ingin ditandingi di Sabah

Spread the love

KOTA KINABALU, 2 Julai : Barisan Nasional (BN) belum memutuskan jumlah kerusi yang akan ditandingi gabungan parti itu di Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) akan datang.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu akan diketahui selepas perbincangan bersama jawatankuasa tertinggi selesai.

“Perbincangan masih dilakukan dan jumlah kerusi tersebut adalah rahsia.

“Kalau saya beritahu sekarang, bukan rahsialah namanya,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas hadir Konvensyen BN Sabah di sini hari ini.

Ahmad Zahid Hamidi bercakap dalam sidang media selepas menghadiri Konvensyen Barisan Nasional (BN) Sabah hari ini. Foto TVS.

Yang turut hadir, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Tan Sri Joseph Kurup.

Sementara itu, Ahmad Zahid memberitahu, terdapat empat permohonan daripada parti politik yang ingin menyertai BN.

Namun katanya, jawatankuasa tertinggi parti masih belum membuat keputusan dan sedang memperhalusi perkara itu.

“Namun saya tidak mahu dedahkah parti itu sama ada dari Sabah atau negeri lain,” katanya.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.