49 orang hilang tempat berteduh, lapan rumah musnah kebakaran di Kampung Sebiew

Spread the love

BINTULU, 2 Julai : Lapan buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Sebiew, di sini awal pagi tadi.

Ketua Zon 5, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.01 pagi tadi.

“Laporan awal memaklumkan terdapat dua buah rumah terbakar namun apabila pasukan sampai di lokasi, api sudah merebak ke enam rumah yang lain,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menurutnya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong berjaya mengawal kebakaran pukul 4.33 pagi.

Katanya, lapan buah rumah yang terlibat dalam kebakaran itu mengalami kemusnahan 100 peratus.

“Kejadian ini telah mengakibatkan seramai 49 orang termasuk 20 kanak-kanak hilang tempat tinggal,” katanya.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 8.16 pagi. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.