Pemandu lori terbunuh kemalangan di Jalan Segama

Spread the love

LAHAD DATU, 1 Jun : Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dipandunya bertembung dengan sebuah lori lain di Jalan Segama, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 5.00 pagi itu, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Muhamad Raziq Ikhwan, 19, yang merupakan pemandu lori jenis Isuzu NPR manakala pemandu lori tanker berusia 42 tahun cedera parah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.21 pagi.

Katanya, sepasukan tujuh anggota bersama sebuah jentera dan ambulans Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS). bergegas ke lokasi kejadian.

“Seorang mangsa mengalami kecederaan parah diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Mangsa yang meninggal dunia di lokasi kejadian disahkan oleh pegawai perubatan dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Jelasnya, operasi tamat pada pukul 7.49 pagi. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.