Pameran ‘HOMELove’ tawar pelbagai perabot dan peralatan rumah pada harga istimewa

Spread the love

KUCHING, 1 Julai : Pameran rumah dan gaya hidup ‘HOMELove’ yang dinantikan kembali diadakan di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) bermula semalam hingga 3 Julai ini.

Eksekutif Kanan Pemasaran HOMELove, Ze Lek berkata, pelbagai tawaran menarik menanti pungunjung termasuk jualan perabot dan peralatan rumah pada harga yang lebih murah.

Katanya, diskaun turut diberikan kepada barangan terpilih.

“Sempena acara ini, kami menyasarkan kehadiran 10 ribu pengunjung setiap hari.

“Kami turut menyediakan ‘welcome gift’ kepada pengunjung iaitu beg selain penaja, BlackBixion memberikan cawan kopi kepada pengunjung namun bergantung kepada jumlah stok yang masih ada,” katanya.

Ze Lek menambah, HOMELove turut memberi ganjaran berganda berbentuk hadiah percuma dan baucar tunai mengikut jumlah keseluruhan yang dibelanjakan di pameran itu.

Lebih menarik, baucar tersebut masih boleh digunakan untuk pameran seterusnya yang bakal diadakan pada September dan Disember ini.

Sementara itu pameran HOMELove ini turut menyediakan perkhidmatan konsultasi percuma bagi pengunjung.

“Konsultasi percuma ini melibatkan pakar dan profesional bagi produk dan perkhidmatan yang ditawarkan seperti pendingin hawa,” katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.