Kekurangan minyak masak paket 1 kg di Sarawak bersifat sementara – KPDNHEP

Spread the love

KUCHING, 1 Julai : Masalah kekurangan bekalan minyak masak paket polibeg satu kilogram (kg) di beberapa kawasan di negeri ini hanya bersifat sementara.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak memaklumkan, menerusi Op Anti Sorok yang dilancarkan hari ini, pihaknya mendapati peruncit sedang menunggu penghantaran stok baharu daripada pemborong.

Sehubungan itu, bagi mengatasi masalah berkenaan, KPDNHEP memaklumkan Arahan Penetapan Had Pembelian Minyak Masak Pek 1 Kg telah dilaksanakan dengan pengguna dihadkan membeli sebanyak tiga paket polibeg minyak masak satu kg setiap seorang.

“Berhubung usaha untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat negeri ini pula, Kerajaan Sarawak memberi peruntukan kepada KPDNHEP bagi melaksanakan program berpaksi rakyat termasuk menyediakan subsidi minyak masak paket polibeg satu kg pada harga kawalan,” jelas KPDNHEP menerusi kenyataan media hari ini.

Berhubung pengeluaran minyak masak bersubsidi di Sarawak, KPDNHEP memaklumkan, sebanyak 4,517 metrik tan sebulan dihasilkan yang melibatkan dua pengilang dan 13 syarikat pembungkus di seluruh negeri.

Sementara itu, KPDNHEP turut menjelaskan operasi hari ini di beberapa pasar raya juga bertujuan untuk memeriksa bekalan ayam dan telur ayam.

Pada masa sama sama, sebanyak 51,811 pemeriksaan di semua peringkat di bawah Op Anti Sorok 2022 telah dilancarkan di seluruh negeri setakat ini.

“KPDNHEP Sarawak juga ingin memaklumkan Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam akan diteruskan pelaksanaannya bermula hari ini (1 Julai) sehingga 31 Ogos 2022, melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. – TVS

Harga Siling Baharu Ayam (harga bermula 1 Julai hingga 31 Ogos 2022)
Harga Siling Baharu Telur Ayam (harga bermula 1 Julai hingga 31 Ogos 2022)

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.