Ismail Sabri ‘beri amaran’ supaya pemimpin UMNO dan BN tidak serang beliau

Spread the love

KOTA KINABALU, 1 Julai : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan serangan oleh pemimpin UMNO atau Barisan Nasional (BN) terhadap beliau hanya akan melemahkan parti itu.

Naib Presiden UMNO itu berkata, beliau merupakan Perdana Menteri daripada BN yang memimpin Kerajaan Persekutuan dan oleh itu sebarang tindakan menyerang adalah perbuatan yang tidak realistik.

“Sebenarnya malam ini, saya tidak berucap kerana slot yang diberikan esok tetapi saya tidak dapat hadir.

“Saya berucap malam ini walaupun lima minit sebab ada orang kata Perdana Menteri disekat daripada berucap di Konvensyen BN Sabah, oleh itu saya berucap.

“Apa yang berlaku malam ini jelas menunjukkan bahawa ada pihak lain cuba memecah belahkan kita perpaduan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ahli Dewan Tertinggi BN di sini malam ini.

Yang turut hadir, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. –TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.