Tiga jalan ditutup Ahad untuk Kuching Car Free Morning

Spread the love

KUCHING, 30 Jun: Program Kuching Car Free Morning kembali dianjurkan di pusat bandar pada Ahad ini bermula pada pukul 6 pagi.

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) memaklumkan, sehubungan itu beberapa laluan utama di kawasan sekitar akan ditutup sehingga pukul 10 pagi.

“Penutupan kepada semua kenderaan membabitkan Jalan Tun Abang Haji Openg, Jalan Pearl dan Jalan Barrack pada 3 Julai 2022 bagi memastikan kelancaran program berkenaan,”jelas DBKU menerusi kenyataan media.

Acara itu kembali dianjurkan pada tahun ini bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup cergas dan hijau dengan mengurangkan kadar pelepasan karbon.

DBKU turut menggalakkan semua pengguna jalanraya untuk mematuhi arahan papan tanda yang bakal disediakan bagi membantu pelaksanaan program ini. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.