Sarawak rancang tambah kedalaman Sungai Sarawak Kanan

Spread the love

KUCHING, 30 Jun: Kerajaan Sarawak sedang merancang untuk melakukan kajian bagi mendalamkan Sungai Sarawak Kanan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut), Dato Henry Harry Jinep berkata, perancangan itu merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk merancakkan lagi industri pelancongan yang melibatkan pengangkutan di sungai yang terdapat di negeri ini.

“Bagaimanakah kita dapat mengubahnya kepada apa yang kita panggil jalan sungai pada masa hadapan ialah melalui peruntukan kerajaan di bawah RMK-12.

“Perancangan ini kita lakukan kerana mahu mahu melonjakkan sektor ini.

“Kita mendapati pelancong sangat menyukai aktiviti menaiki bot dan belayar di sungai malah di laut juga,”katanya.  

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Keselamatan dan Kebersihan Sungai di kawasan Tasik Biru, Bau hari ini.

Ujar Henry, kajian mengenainya akan dimulakan sejurus mendapatkan kelulusan.

Tambah beliau,projek berkenaan dijangka menelan belanja sekitar RM500,000 yang melibatkan laluan sepanjang 40 kilometer (km) dari tebingan sungai ke Siniawan.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.