Jenazah lima beranak selamat dikebumikan dalam satu liang lahad

Spread the love

PADANG RENGAS, 30 Jun : Jenazah lima beranak yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat, Pahang pada Selasa selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Labu Kubong pada malam Rabu.

Baca > > > Lima sekeluarga maut kemalangan dengan treler

Terdahulu dengan diiiring kereta peronda polis, tiga van polis membawa semua jenazah ke rumah keluarga mereka di Kampung Labu Kubong dekat Lubuk Merbau di sini sebelum disembahyangkan serta diberi penghormatan terakhir oleh kira-kira 300 ahli keluarga dan kenalan.

Jenazah kemudiannya dibawa ke tanah perkuburan kira-kira 500 meter dari rumah keluarga mereka untuk disemadikan sekitar pukul 10 malam dalam suasana pilu serta penuh hiba, dan hujan renyai.

Baca > > > Lima beranak maut: Adik sekeluarga ‘hilang’ sekelip mata – Kakak

Kelima-lima mereka, Muhammad Rosli Ibrahim 33, bersama isterinya Nor Afiqah Abdullah Sani, 35, dan anak mereka Nur Safwa Irdina, 7, Nur Sofea Raida, 6, dan bayi lelaki Rizqy Ramadhan berusia setahun bulan maut dalam satu kemalangan kira-kira pukul 3 petang Selasa.

Kejadian tragis itu dipercayai berlaku apabila kereta jenis Toyota Corolla dipandu Muhammad Rosli dari arah Muadzam Shah menghala ke Kuantan telah memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah treler di Jalan Kuantan-Segamat. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.