Bangunan baharu Pasar Sungai Merah dibina mulai 10 Julai

Spread the love

SIBU, 30 Jun : Bangunan baharu Pasar Sungai Merah di bandar ini akan dibina dengan peruntukan sebanyak RM4.55 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Penjaja dan Peniaga Kecil Pasar Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Albert Tiang berkata, projek pembinaan bangunan dua tingkat itu akan bermula pada 10 Julai ini.

Katanya, ia dijangka siap dalam tempoh 18 bulan dan seterusnya akan memberi keselesaan kepada pengunjung dan peniaga di situ.

“Pembinaan turut merangkumi tempat parkir kenderaan, tandas awam dan kiosk,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau memberitahu, bagi melancarkan kerja -kerja pembinaan, kesemua 18 penjaja di situ telah dipindahkan ke tapak sementara di Lorong Sungai Merah 2D yang terlekat di kawasan berdekatan pada 27 Jun lepas.

“Ketika ini perniagaan dijalankan pada waktu siang dan malam berbanding sebelum ini hanya waktu pagi di tapak pasar lama,”katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, penjaja di pasar tamu Sungai Merah telah dipindahkan ke pasar tamu Bahagia Jaya di Teku.

“Selepas dipindahkan, perniagaan mereka mendapat sambutan baik daripada masyarakat di kawasan sekitar,”katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.