2.55 juta ekar tanah NCR telah diwartakan

Spread the love

KUCHING, 30 Jun : Jabatan Tanah dan Survei Sarawak telah berjaya menyukat secara seluas  2.55 juta ekar tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) sehingga 31 Mei lepas.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak, Datu Len Talif Salleh berkata, daripada jumlah berkenaan, tanah seluas 794,503 hektar atau 1.96 juta ekar telah diwartakan.

Katanya, ini membuktikan keprihatinan kerana negeri di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg terhadap rakyat negeri ini.

“Kerajaan negeri mengiktiraf dan akan mempertahankan hak rakyat ke atas tanah NCR sekiranya tuntutan dibuat menerusi saluran undang-undang yang betul,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 KTN 18 Pertanian di Dewan Suarah di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan 147 surat penyerahan tanah kepada 100 penerima manakala bakinya akan diberikan menerusi Pejabat Kerajaan Tanah dan Survei Sarawak.

Sementara itu beliau berkata, Kerajaan Sarawak terus meningkatkan kecekapan proses pengukuran tanah NCR di negeri ini untuk manfaat rakyat.

“Kerajaan telah memperkenalkan Program Pengukuran Tanah NCR pada 2010.

“Lapan tahun kemudian, program ini dipertingkatkan lagi kecekapannya menerusi suntikan dana sebanyak RM40 juta dan tambahan 380 kakitangan di Jabatan Tanah dan Survei,” katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.