RM10 ribu tunggu juara pertandingan memancing di Pantai Belawai

Spread the love

MUKAH, 29 Jun : Pertandingan memancing Mesai Latik Iftitah yang akan berlangsung pada 4 September depan menawarkan hadiah lumayan mencecah RM10,000 kepada pemenang utamanya.

Pengerusi penganjur, Ibnee Ekni berkata, naib juara pula akan membawa pulang RM2,000 serta RM1,000 akan diberikan kepada peserta yang berada di kedudukan ketiga.

“Pertandingan ini kali terakhir berlangsung pada 2019 namun tidak dapat dianjurkan selama dua tahun berikutan pandemik COVID-19.

“Berdasarkan sambutan hangat yang diterima pada pertandingan lepas, ia telah membukti potensi besar dimiliki Pantai Belawai untuk menganjurkan acara memancing,”katanya di sini hari ini.

Ibnee berkata, bagi menghargai peserta, pihaknya turut menyediakan sagu hati sebanyak RM100 kepada peserta yang berjaya menduduki tempat keempat hingga ke-10.

Katanya, pertandingan itu juga bertujuan untuk mempromosikan Pantai Belawai sebagai satu destinasi popular untuk beriadah selain meningkatkan sumber ekonomi.

Sehubungan itu orang ramai yang berminat untuk menyertai pertandingan berkenaan boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Yus di talian 01151308056 atau Hariz menerusi nombor 0138199477.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.