Pengumuman tarikh Hari Raya Aidiladha pada malam ini

Spread the love

KUCHING, 29 Jun : Tarikh melihat anak bulan Zulhijjah ditetapkan pada petang Rabu bersamaan 1443 Hijrah.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam kenyataan hari ini memaklumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan menetapkan tarikh Hari Raya Aidiladha selepas sesi pencerapan oleh panel falak pada petang ini.

Tarikh Aidiladha akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam hari yang sama melalui radio dan televisyen.

Lokasi yang dikenal pasti bagi melihat anak bulan Zulhijjah iaitu Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan Tingkat 10, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL). – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.