Nourul Depp bangga hadiri konvokesyen anak sulung di UNIMAS

Spread the love

KUCHING, 29 Jun : Penyanyi Nurulhuda Abdul Wahab meluahkan rasa bersyukur kerana berpeluang menghadiri majlis konvokesyen anak sulungnya, Ayu Nazirah Mohd Faizal di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) semalam.

Menerusi Instagram, penyanyi lagu Cinta Azali itu berkata, anaknya sepatutnya bergraduasi pada 2020 namun ditangguhkan akibat pandemik COVID-19.

“Tahniah kepada Ayu Nazirah dan semua graduan UNIMAS yang menerima ijazah masing – masing,”katanya.

Nourul yang kini menetap di Bali, Indonesia juga terbang ke Bumi Kenyalang bagi menyaksikan detik istimewa anaknya itu.

Berhubung pemilihan UNIMAS sebagai menara gading oleh anaknya, Nourul berkata, dia secara peribadi berterima kasih kepada universiti itu kerana mendidik anaknya.

“Sebenarnya saya ingin dia belajar jurusan perubatan dan menjadi doktor namun minat Ayu lebih kepada jurusan Zoology, jadi saya sokong apa yang anak minat,”katanya.

Nourul berkata, pemilihan UNIMAS oleh anaknya bagi mendalami kos berkenaan juga tepat kerana Sarawak merupakan negeri yang kaya dengan khazanah alam termasuk memiliki hutan yang luas dan pelbagai spesies hidupan liar yang boleh dikaji.

“Anak saya juga ingin mengenali adat dan budaya Sarawak yang belum pernah diketahuinya sebelum ini,”katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.