Malaysia raih nilai jualan RM158.7 juta di Marche Du Film, melangkaui sasaran RM50 juta

Spread the love

KUALA LUMPUR, 29 Jun: Penyertaan delegasi Malaysia di pasaran filem antarabangsa terbesar dunia, Marche Du Film, di Cannes, Perancis bulan lepas membuahkan hasil memberangsangkan apabila berjaya memperoleh hasil keseluruhan nilai jualan sebanyak RM158.7 juta, melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu RM50 juta.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata nilai jualan itu merangkumi potensi jualan dan jualan yang telah dimuktamadkan.

“Ini membuktikan bahawa industri kreatif tempatan sememangnya mempunyai nilai pasaran tersendiri jika semua pihak (kerajaan dan swasta) berganding bahu dalam meningkatkan keterlihatan Malaysia di peringkat global,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Marche Du Film adalah perhimpunan terbesar industri filem bagi pengeluar, pembiaya, penyiar, pengedar, pembekal dan pembeli dari seluruh dunia untuk bertemu, berkongsi idea serta membuat tawaran.

Sebanyak 250 syarikat dari 110 negara menyertai pasaran filem selama sembilan hari itu bermula 17 hingga 25 Mei lepas. –TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.