KPDNHEP sita 540 kg minyak masak disorok peniaga

Spread the love

BINTULU, 29 Jun : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Bintulu menyita sebanyak 540 kilogram (kg) minyak masak sawit bernilai RM3,618 menerusi Op Anti Sorok yang dilancarkan di bandar ini.

Ketua Cawangannya, Nazari Hassan berkata, ketika operasi pada Ahad lalu, pasukannya memeriksa sebuah poremis dan menemui 41 kotak minyak masak sawit botol yang disorok.

“Peniaga berkenaan didapati telah melanggar peruntukan undang-undang di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961,”katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Sementara itu, beliau memberitahu sejak 1 Januari hingga 27 Jun lepas, sebanyak 3,234 premis di Bintulu telah diperiksa dan 42 kes telah berjaya dikesan atas pelbagai kesalahan.

“Sepanjang tempoh berkenaan, KPDNHEP Bintulu telah mencatatkan rampasan bernilai RM921,743 serta kompaun berjumlah RM76,850,” katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.