Harga siling baru ayam RM9.40 mulai 1 Julai

Spread the love

PUTRAJAYA, 29 Jun : Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengapungkan harga ayam dan meneruskan subsidi, serta menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia.

Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee berkata mesyuarat Jemaah Menteri juga bersetuju menetapkan harga siling runcit telur ayam bagi gred A pada 45 sen/biji;  gred B (43 sen/biji) dan gred C (41 sen/biji) di Semenanjung Malaysia.

“Penetapan harga siling bagi ayam standard dan telur ini berkuat kuasa mulai 1 Julai 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 24 Jun lepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan keputusan kerajaan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung, manakala harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan dalam usaha memastikan rakyat tidak terbeban. –TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.