Camelia muncul dalam persembahan khas selepas 15 tahun

Spread the love

KUCHING, 29 Jun : Selepas lebih 15 tahun ‘hilang’ dari industri hiburan negara, penyanyi terkenal berasal dari Sarawak, Datin Seri Camelia Khan tampil dalam sebuah persembahan esklusif malam ini.

Menerusi kemas kini di hantaran jurusolek terkenal Khir Khalid, Camelia difahamkan membuat kemunculan khas di Majlis Santapan Malam Raja- Raja di Istana Negara malam ini.

Khir turut berkongsi busana Melayu tradisional Sarawak yang dinamakan Gajah Oleng yang digayakan penyanyi berasal dari Kuching itu untuk persembahan malam ini.

Camelia atau nama sebenarnya Dayang Noor Camelia Abang Khalid muncul dalam industri muzik tanah air pada 1997 menerusi album bertajuk Camelia dan popular dengan lagu Rindu Padanya.

Menerusi album debutnya itu, penyanyi yang kini berusia 48 tahun menang persembahan vokal wanita terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 1998 dengan mengalahkan nama besar termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Safura dan Ziana Zain.

Camelia juga menang kategori Artis Baru Terbaik dalam anugerah berkenaan.

Bekas model ini tampil dengan album terakhir pada 2007 sebelum menyepikan diri daripada industri muzik. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.