Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 12 penuntut IPT

Spread the love

KUALA LUMPUR, 29 Jun : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) kepada 12 penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT), di Istana Negara di sini, hari ini.

Lapan penerima biasiswa ialah bagi pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) manakala empat di peringkat sarjana.

Dua penerima akan melanjutkan pengajian di luar negara manakala 10 lagi telah dan akan melanjutkan pengajian di universiti penyelidikan dalam negara tahun ini.

Penuntut menerima biasiswa di peringkat PhD ialah RK. Tharini, 24, yang melanjutkan pelajaran dalam Sains Genetik di Universiti Cambridge di United Kingdom, Nur Dini Fatini Mohammad Faizal, 23, Penyelidikan Sains Farmaseutikal, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Diikuti, Muhammad Mohamed Amin, 27, (Kejuruteraan Pembuatan, UKM); Nurfatihah Zulkifli, 25, (Biokimia, Universiti Malaya); Syed Muhammad Iqbal Syed Othman, 26, (Bioteknologi Tumbuhan, UKM); Nur Alia Afifah Zakaria, 24, (Sains Kimia, Universiti Sains Malaysia (USM); Chai Jian Yi, 26, (Sains Perubatan, UKM) dan Soon Wan Chi, 24, (Kejuruteraan Kimia, USM). –TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.