Tipu projek naik taraf jalan raya tidak wujud di Sabah, polis cari “Datuk Yusri”

Spread the love

KOTA KINABALU, 28 Jun : Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kontinjen Sabah kini mengesan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam lapan laporan kes penipuan melibatkan kerugian sebanyak RM1.93 juta.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, suspek seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Datuk Yusri Yusuh’ telah memperdayakan mangsa dengan menawarkan projek naik taraf jalan raya yang tidak wujud di Sabah.

Menurutnya, bagi mendapatkan projek tersebut mangsa diminta membayar sejumlah wang deposit.

“Mempercayai kata-kata suspek, mangsa telah membayar antara RM30 ribu sehingga RM 650 ribu dengan jumlah keseluruhan kerugian berjumlah RM1.93 juta,” katanya dalam kenyataan.

Susulan itu pihak polis katanya, sedang mencari seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Datuk Yusri’ bagi membantu siasatan ini.

“Sesiaapa yang mengenali atau mendapat tahu tempat tinggal penama boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau pegawai penyiasat Indp Tillmanshah Wasli di talian 016-5785962 atau 088-529761,” katanya lagi.

Kes jelasnya, disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.