Dua kereta rosak dihempap pokok tumbang

Spread the love

KUCHING, 28 Jun : Hujan lebat di bandar Kuching sekitar jam 3 petang Isnin menyaksikan dua buah kereta jenis Viva dan Proton Saga dihempap pokok besar.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang bagaimanapun memaklumkan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Ketika kejadian kedua dua pemandu kereta tidak berada didalam kereta.

Hujan lebat di bandar Kuching sekitar jam 3 petang Isnin menyaksikan Proton Saga dihempap pokok besar.

“Sehingga kini kerja-kerja menebang dan mengalihkan pokok yang tumbang masih giat dijalankan oleh pasukan bomba, APM dan Majlis Daerah Padawan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Law Kim Hin dengan kekuatan lapan orang anggota.

Ia turut dibantu Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) seramai lima anggota dan Majlis Perbandaran Padawan (11 orang).-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.