Berpuluh mayat migran dijumpai dalam treler di Texas

Spread the love

WASHINGTON, 28 Jun : Sekurang-kurangnya 40 mayat migran tanpa  dokumen pengenalan diri dijumpai dalam sebuah treler di San Antonio, Texas, lapor Sputnik.

Sementara itu, lebih sedozen mangsa yang masih hidup kini menerima rawatan di hospital, lapor Fox News, memetik sumber.

Kejadian berlaku dipercayai akibat operasi penyeludupan manusia.

Pihak berkuasa belum mendedahkan angka korban sebenar tetapi seorang wakil rakyat parti Republikan yang mewakili Texas, Tony Gonzales memaklumkan menerusi ciapannya bahawa seramai 42 orang maut.

“Hari ini di San Antonio, suhu mencecah 102 darjah. Bayangkan ditinggalkan untuk mati di dalam sebuah kenderaan beroda 18, seramai 42 orang maut hari ini,” kata Gonzales. –TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.