MyPham25 dari Mukah bakal wakili Sarawak ke Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan

Spread the love

MIRI, 27 Jun : Persatuan Sepak Takraw Bahagian Mukah (Pestam) mencipta sejarah apabila muncul pasukan pertama menjuarai kejohanan Sepak Takraw Malaysian Sports League (MSL) Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Stadium Tertutup Miri pada Ahad.

Dalam kejohanan selama dua hari tersebut Pestam mempertaruhkan Pasukan MyPham25 dan Man Eleven untuk bersaing dengan pasukan terbaik dari setiap bahagian di Sarawak.

Pasukan MyPham25 yang diwakilli oleh Azman Doyok, Saharuddin Murad, Syukri Sulaiman, Mohd Haris Mohd Osman dan Lukas Nyaing mencipta sejarah sebagai pemenang kejohanan yang pertama,.

Pasukan kedua dari Mukah, pasukan Man Eleven bagaimanapun terkandas di Pusingan 12 pasukan terbaik.

Menurut Pengarah Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sarawak Lamat Nyalau, pasukan MyPham25 akan menjadi wakil Sarawak pada kejohanan Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan Ogos Nanti.

Pengurus Pasukan yang juga Presiden Pestam, Syahrulizan Madian berasa bersyukur dengan kemenangan Pasukan Mukah dan berharap ia akan menjadi titik tolak kepada perkembangan sukan Takraw di Bahagian Mukah.

“Pada perlawanan Akhir, Pasukan Mukah telah diberikan saingan sengit oleh pasukan tuan Rumah Miri yang mendapat sokongan padu para penyokong tempatan.

“Namun pasukan Mukah berjaya menyerap tekanan hasil pengalaman para pemain yang sebelum ini turut menjuarai Kejohanan Pertama Kenyalang Sports Laegue (KSL) pada tahun lalu,” katanya.

Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan, Dr Ripin Lamat turut berharap agar acara sukan sedemikian akan terus menjadi landasan terbaik melahirkan belia yang sihat dan cergas.

Jurulatih Pasukan Patrick Alexander Mok berkata beliau memuji sikap para pemain yang sentiasa memberikan cabaran dalam setiap pusingan yang dilalui.

“Ini adalah pencapaian terbaik yang Berjaya dilakukan oleh pasukan MyPham25 kerana Berjaya mewakili Sarawak ke peringkat Kebangsaan.

“Terima kasih juga atas kesudian Pestam dalam membantu memastikan pasukan ini mendapat latihan serta terus mengekalkan momentum sepanjang kejohanan,” ujarnya lagi.

Johan membawa balik wang tunai RM1000 dan juga piala manakala pasukan Naib Johan Galaxy Miri membawa pulang hadiah RM700. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.